Wednesday, July 6, 2011

Muhammad Al-Fateh

Siapakah Muhammad Al-Fateh sehingga beliau dan tenteranya digelar sebaik-baik raja dan sebaik-baik tenteranya ?

Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 27 Rejab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 Masihi . Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad . Baginda menjadikan Adrianopel ( Adana ) pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel . Dan ketika berusia 21 tahun Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 Jamadil Awal 857 Hijrah .

Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul ( Islam keseluruhannya ) , terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia . Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus . Sebelum itu Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik , Parsi , Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya . Umat Islam berusaha menawan Kota tersebut kerana percaya dengan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel ditawan oleh orang Islam . 

Selepas lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah SAW barulah menjadi kenyataan . Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Ayub Al-Anshari gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng Konstantinopel .

Sultan Muhammad Al-Fateh sejak di dalam buahan lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim , Syeikh Syamsudin Al-Wali . Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad ( Ayahanda kepada Muhammad Al-Fateh ) , " Wahai Sultan Murad , bukan tuanku yang akan membebaskan Kota Konstantinopel , tetapi anak yang di dalam buaian itu , " sambil menunjuk kepada Muhammad Al-Fateh yang masih dalam buaian . 

Sejak itu Muhammad Al-Fateh dilatih hidup sederhana , dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan . Baginda membesar sebagai pemuda yang tampan . Bentuk badannya tegap , kuat dan tinggi . Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung . 

Baginda mula menaiki takhta ketika umurnya 19 tahun . Di kala itu baginda sudah begitu arif dengan tipu-helah musuh . Pernah Maharaja Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik bagi mendidiknya mengenai adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja , tetapi baginda menolaknya lalu menyuruh guru-guru tersebut pulang . 

Selama dua tahun Muhammad Al-Fateh mengkaji titik kelemahan Kota Konstantinopel pada setiap malam dan merangka strategi serta membina pelbagai peralatan perang . Bersama bala tentera 150 000 orang , beliau menggempur Kota Konstantinopel selepas Raja Byzantin enggan menyerah diri .

Sultan Muhammad Al-Fateh menukar nama Konstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya . Kemudian baginda menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462 . Seterusnya Sultan Muhammad Al-Fateh menakluk Italia , Hungary dan Jerman . Ketika berada di kemuncak kegemilangannya , Sultan Muhammad Al-Fateh memerintah 25 buah negeri . Kemudian baginda membuat persiapan menakluk Rhodesia tetapi mangkat kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa . 

Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 mangkat pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun . Semoga Allah memberi keampunan , keredhaan serta melimpahkan rahmat-Nya kepada Sultan Muhammad Al-Fateh , Al-Fatihah ... 

Kesimpulannya , kita sebagai umat Islam haruslah mencontohi kebijaksanaan Sultan Muhammad Al-Fateh untuk menakluki Kota Konstantinopel . Strategi yang dirangka oleh beliau pernah dikatakan oleh sejarawan barat strategi yang terbaik di dunia . Oleh itu , sebagai umat Islam masa kini kita haruslah mengikuti jejak langkah pahlawan Islam terdahulu . Insyaallah , suatu hari nanti kita akan berjihad di jalan Allah untuk menegakkan Islam . Insyaallah ...

No comments:

Post a Comment

Dengarkan Seni Lagu Ini


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Listen to Quran