Wednesday, May 19, 2010

Perkara Yang Haram Terdapat Di Dalam Rezeki.

Islam telah memerintahkan kepada umat Islam supaya mengambil makanan halal dan menjauhi makanan yang haram. Seperti sebuah dalil ada menyebut:

Rasulullah bersabda : "Dari Abu Hurairah ra berkata : Rasulullah saw bersabda:" Sesungguhnya Allah baik tidak menerima kecuali hal-hal yang baik, dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada orang-orang mu'min sebagaimana yang diperintahkan kepada para rasul, Allah berfirman: "Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan". Dan firmanNya yang lain: "Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu" Kemudian beliau mencontohkan seorang laki-laki, dia telah menempuh perjalanan jauh, rambutnya kusut serta berdebu, ia menadahkan kedua tangannya ke langit: Yaa Rabbi ! Yaa Rabbi ! Sedangkan ia memakan makanan yang haram, dan pakaiannya yang ia pakai dari harta yang haram, dan ia meminum dari minuman yang haram, dan dibesarkan dari hal-hal yang haram, bagaimana mungkin akan diterima do'anya".
(HR Muslim no. 1015) .

Pada hari ini, makanan yang kita makan belum tentu halal kerana kebanyakkan industri makanan dikuasai oleh orang bukan Islam. Apabila kita membeli makanan dan minuman dari rezeki yang haram, kemudian sari pati makanan yang haram akan menjadi darah pula. Dalam masa 40 hari baru akan berganti yang bersih. Apablia darah yang murni, jantung akan membahagi darah ke sekujur tubuh. Apabila darah yang sebesar debu masuk pada jantung, orang tersebut akan mendapat penyakit was-was atau syak wasangka. Dan apabila sampai ke mulut orang itu dapat penyakit suka mencaci atau memaki hamun, mengumpat dan berkata-kata perkara maksiat. Apabila sampai pada mata, dia akan suka perkara-perkara maksiat. Bila sampai ke telinga, orang itu akan suka memegang maksiat. Apabila jatuh ke kaki dia akan suka berjalan-jalan ke tempat maksiat. Rezeki yan haram apabila dibeli alat-alat rumahtangga, hidup berumahtangga kacau bilau dan berantakan dan tiada ketenangan dan kedamaian. Kemudian apabila seorang mukmin, makan dan minum dari rezeki yang haram apalagi orang yan memasak makanan dan minuman itu tidak bersolat atau sembahyang, maka makanan itu haram hukumnya.

Sahabat dan menantu Nabi, Saidina Ali bin Abi Talib pernah berkata, apabila setitis arak tumpah jatuh ke dalam perigi, kemudian kering air perigi itu, lalu tumbuh rumput disumur itu (perigi). Aku tidak akan mengembala ternakanku disitu. Oleh sebab itu marilah jadikan iktibar peristiwa tersebut supaya kita orang mukmin berjaga-jaga dari hal makanan dan minuman yang diharamkan bagi kita umat Islam.

Saturday, May 15, 2010

Jenayah Manusia Semakin Meningkat!


Setiap hari kita sering mendengar berita-berita tentang kes jenayah yang disiarkan dalam media elektronik mahu pun akhbar-akhbar tempatan. Di London, mengikut laporan kejadian jenayah jalanan pada tahun 2000, kes ini meningkat kepada 50000 kes, satu perangkaan paling tinggi yang dicatat di kota London. Saya pasti, jumlah kes jenayah tersebut akan semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Di negara kita juga, jenayah berlaku di mana- mana sahaja. Diantara jenayah-jenayah yang semakin menular pada hari ini ialah jenayah meragut, rompakan, mencuri di rumah dan di kedai, termasuk di gedung-gedung membeli-belah, peras ugut dan sebagainya. Malahan jenayah terbesar yang sering berlaku ialah jenayah rogol dan pencabulan seks, dan amat menyedihkan, kanak-kanak yang masih tidak tahu apa-apa menjadi mangsa oleh orang yang tidak berperikemanusiaan.
Jika dikaji laporan tersebut, atau kejadian-kejadian jenayah yang berlaku dimana-mana sahaja dalam masyarakat manusia sekarang ini, ternyata bahawa desakan nafsu manusia tentang kebendaan dan tuntutan seks mereka merupakan dua unsur yang menyumbang kepada kejadian jenayah dan meningkatnya salah laku tersebut dari semasa ke semasa. Pendidikan agama amat penting dalam membentuk masyarakat manusia yang bertamadun yang dapat mengawal nafsu dan tuntutan fizikal makhluk Allah s.w.t yang bernama manusia ini. Pembangunan manusia yang terlepas daripada nilai-nilai moral kerohanian akan menyebabkan manusia bertambah ganas dan kerana itulah, masyarakat dan pihak yang bertanggungjawab haruslah berganding bahu, membantu supaya umat Islam kita tidak terus melakukan pelbagai jenayah dan dosa. Jangan sampai orang baik berkurangan dan yang jahat bertambah. Dalam Hadis Nabi Riwayat Tabrani ada menyebut:
" Daripada Aisyah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik, dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang yang baik".
Marilah kita berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t menyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolong dikalangan mereka yang sesat.

Monday, May 10, 2010

Tidak mensyukuri anugerah Allah?


Pada hari ini, terlalu banyak berita tentang kes pembuangan bayi. Kebanyakkan kes ini membabitkan anak remaja kita sendiri yang telah terjebak dengan bermacam-macam kegiatan sosial. Dimana kesedaran mereka yg sewenang-wenangnya membuang dan membunuh anak sendiri. Anak adalah pemberian daripada Allah s.w.t yang tidak terhingga..Ada segelintir pasangan yang telah berkahwin masih tidak dikurniakan rezeki anak oleh Allah. Tetapi mereka yg mudah Allah berikan anugerah ini pula sanggup membuang anak sendiri, adakah mereka tidak mensyukuri nikmat dan kurniaan drp Allah. Cuba mereka renungkan dan fikirkan, jika ibu bapa mereka dahulu membuang mereka seperti yang mereka lakukan, wujudkah mereka di muka bumi ini? Mampukah mereka merasai nikmat yang tak terhingga drp Allah ini?
Marilah kita sama-sama membantu mereka yg telah hilang pertimbangan, sehingga boleh melakukan kesalahan yg amat besar di sisi Allah ini. Dekatilah mereka dan sampaikan apa yg telah diajar Rasulullah? Jangan biarkan mereka ini terleka sehingga lupa apa balasan yang akan diterima di akhirat nanti. Jangan sampai ilmu agama akan beransur-ansur hilang. seperti sebuah hadis ada menyebut:

" عن عبدالله بن عمروبن العاص يقول سمعت رسول الله يقول : ان الله لايقبض العلم انتزاعا ينتزعه من الناس ولكن يقبض العلم بقبض العلماء حتى اذالم يترك عالمل اتخذ الناس رؤوسا جهالا فسئلوا فافتوا بغير علم فضلوا واضلواز - رواه مسلم-"

Ertinya: "Daripada Abdullah bin Amr bin r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda "Bahawasanya Allah s.w.t tidak mencabut(menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah s.w.t menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim-ulama, orang ramai akan memilih yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu bertanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan akan menyesatkan orang lain".

Ingatlah!! Hari kiamat semakin menghampiri kita.

Sejumput Kata Untukmu Ibu!!


Pada sejumput kata,
kutitipkan rindu untukmu, ibu
walau pilu tak lagi memburaikan air mata
dan resah tak lagi menyesakkan dada.

Pada sejumput kata,
kutitipkan tanya padamu ibu
adakah nanar dalam hidupmu kini?
masih adakah dian dalam redupmu kini?
masih adakah gelora dalam asamu kini?
Hidup takkan bermakna tanpa drama, ibu
seperti halnya puisi tanpa kata-kata
ataupun bilangan tanpa angka-angka
atau bahkan panaroma tanpa warna
hitam,...putih,...
hijau,...kuning,..
biru,...ataupun ungu jalan hidupmu
tak usah diratapi
kerana tidak ada sesuatu pun yang pasti
terangkan redupmu,
gelorakan asamu....ibu
Pada sejumput kata,
kutitipkan bunga untukmu, ibu

Sunday, May 9, 2010

Wanita Soleha


    


Disebalik hijabmu terselindung wajah
yang penuh dengan Nur.
Hati yang sentiasa mengingati mati.
Yang mencintai Allah dan rasul dan
yang taat kepada kedua ibu bapa mu.
Kau pertahankan hijabmu meskpun dunia
memandang dengan penuh kehinaan,
tetapi ketahuilah…
sesungguhnya Allah melihatmu penuh
dengan kebanggaan. kalimah Allah..

Gadis Ku..
Saban ketika, gerak gerimu
Ku perhatikan.
Akhlakmu yang terperlihara dari segala noda,
Maruahmu yang kau jaga dari sebarang nida
Dan yang paling melembutkan hati….
Tutur bicaramu melambangkan sifat
keibuan sejati.
Bila bertembung dengan jejaka yang
bukan muhrimmu,
Kau tunduk memandang bumi…
Mengingatkan ku tentang firman Allah swt:

"Wahai wanita–wanita yang beriman
tundukkanlah pandanganmu apabila
terpandang lelaki ajnabi
supaya tidak berlaku zina hati dan
boleh membawa kepada zina besar .

Sesungguhnya Allah Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang ,"
Juga meningatkan aku kepada Amirul
Mukminin di zaman Rasulullah saw.
Siti Aisyah isteri tercinta dan
Fatimah puteri tersayang.
Gadis solehah…..
Kau ibarat permata berharga yang
sentiasa digilap….
dibalut dan disimpan ditempat yang
selamat.

Kau juga diibaratkan gagak putih yang
dikelilingi gagak hitam.
Siangmu sibuk dengan urusan duniawi
namun tika malam menjelang,
Kau perhambakan diri sepenuhnya kepada
Ilahi, beribadat…
bibirmu berzikir mentilawah Al –
Quran, tahajjud , witir
dan amalan – amalan istiqamahmu.

Jauh disudut hatiku aku bangga
dengan Imanmu, Taqwamu, Akhlakmu,
Amalanmu, Hijabmu
dan perjuanganmu menegakkan kalimah
Allah.

Gadis solehah….
Sebelum mengakhiri coretanku ...
kutitipkan firman Allah swt buatmu…
" Sesungguhnya perempuan yang solehah
untuk lelaki yang soleh dan yang lelaki
jahat pula untuk perempuan yang jahat."
Kekalkan hijabmu hingga keakhir
hayatmu …

Kau idaman lelaki beriman.
Sebaik-baik wanita adalah wanita
solehah dan wanita solehah itu adalah
perhiasan kepada dunia...

Dengarkan Seni Lagu Ini


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com