Saturday, July 9, 2011

Taubat Nasuha

   


Bertaubat Nasuha itu adalah:
  • Menyesal atas dosa yang telah lalu
  • Mengulang atau mengerjakan yang perlu
  • Mengembalikan hak orang yang diambil tanpa izinnya dan meminta maaf kepada orang yang pernah kita umpat.
  • Bercita-cita untuk tidak kembali berbuat dosa.
  • Membiasakan diri taat/ patuh mengikut perintah Allah s.w.t.
  • Merasai rasa pahit taat sebagaimana merasai rasa manis taat.

Khusyuk di Masjid, Jujur di Pasar



Imam Abu Hanifah (w.150H) ialah seorang peniaga sutera. Beliau menjual dan membeli sutera daripada para pelanggannya. Pada suatu hari, seorang wanita datang untuk menjual kain sutera miliknya. Abu Hanifah bertanya: "Berapa harga yang engkau inginkan? Wanita itu menjawab: "Seratus dirham".

Abu Hanifah berkata: "Harga kain ini lebih mahal daripada itu. Berapa harga yang engkau inginkan?" Perempuan itu menaikkan harga menjadi dua ratus dirham. Abu Hanifah tetap berkata: "Harganya lebih mahal daripada itu."

Perempuan itu terus menambah harganya sehingga mencapai empat ratus dirham. Namun, Abu Hanifah tetap berkata: "Harganya lebih daripada itu."

Akhirnya perempuan itu berkata: "Engkau hendak mempermainkan aku?" Abu Hanifah menjawab: "Tidak. Jika engkau mahu tahu, sila datangkan seseorang yang benar-benar tahu harga sebenar kain ini".

Wanita itu lalu menghadirkan seseorang yang mengetahui harga sebenar kain tersebut. Orang itu menilai kain itu dengan harga lima ratus dirham. Imam Abu Hanifah lalu membelinya dengan harga tersebut.

Kejujuran seperti ini yang kita harapkan daripada setiap orang yang melakukan solat. Dia tidak sekali-kali cuba mengambil kesempatan atas kekurangan orang lain, walaupun dia mampu melakukannya, apalagi menipu untuk keuntungan peribadi.

(Siri 33:32)

Dengarkan Seni Lagu Ini


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Listen to Quran