Tuesday, July 12, 2011

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad s.a.w





Daripada Abdul Rahman Bin Samurah r.a berkata, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam sebelum di Israqkan".

  1. Aku telah melihat dari umatku telah didatangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHAN KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
  2. Aku melihat seorang umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
  3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka dia diselamatkan dengan berkat ZIKIR YANG TULUS IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T.
  4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahannam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskan dari seksaan itu.
  5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T memberi minum hingga ia merasa puas.
  6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kembali ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
  7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
  8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
  9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Saturday, July 9, 2011

Taubat Nasuha

   


Bertaubat Nasuha itu adalah:
  • Menyesal atas dosa yang telah lalu
  • Mengulang atau mengerjakan yang perlu
  • Mengembalikan hak orang yang diambil tanpa izinnya dan meminta maaf kepada orang yang pernah kita umpat.
  • Bercita-cita untuk tidak kembali berbuat dosa.
  • Membiasakan diri taat/ patuh mengikut perintah Allah s.w.t.
  • Merasai rasa pahit taat sebagaimana merasai rasa manis taat.

Khusyuk di Masjid, Jujur di Pasar



Imam Abu Hanifah (w.150H) ialah seorang peniaga sutera. Beliau menjual dan membeli sutera daripada para pelanggannya. Pada suatu hari, seorang wanita datang untuk menjual kain sutera miliknya. Abu Hanifah bertanya: "Berapa harga yang engkau inginkan? Wanita itu menjawab: "Seratus dirham".

Abu Hanifah berkata: "Harga kain ini lebih mahal daripada itu. Berapa harga yang engkau inginkan?" Perempuan itu menaikkan harga menjadi dua ratus dirham. Abu Hanifah tetap berkata: "Harganya lebih mahal daripada itu."

Perempuan itu terus menambah harganya sehingga mencapai empat ratus dirham. Namun, Abu Hanifah tetap berkata: "Harganya lebih daripada itu."

Akhirnya perempuan itu berkata: "Engkau hendak mempermainkan aku?" Abu Hanifah menjawab: "Tidak. Jika engkau mahu tahu, sila datangkan seseorang yang benar-benar tahu harga sebenar kain ini".

Wanita itu lalu menghadirkan seseorang yang mengetahui harga sebenar kain tersebut. Orang itu menilai kain itu dengan harga lima ratus dirham. Imam Abu Hanifah lalu membelinya dengan harga tersebut.

Kejujuran seperti ini yang kita harapkan daripada setiap orang yang melakukan solat. Dia tidak sekali-kali cuba mengambil kesempatan atas kekurangan orang lain, walaupun dia mampu melakukannya, apalagi menipu untuk keuntungan peribadi.

(Siri 33:32)

Thursday, July 7, 2011

PERUT PUNCA SEGALA PENYAKIT



Anda kerap diserang sakit perut tanpa sebab?
Atau anda sering berasa tidak selesa di bahagian perut?
Awas! ia mungkin petanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada anda.
Seperti mana Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:
"Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan". (Hr ad-Dailami)

6 punca penyebab penyakit perut:-

  1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik
  2. Terlalu berlebihan semasa makan
  3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga. Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandungi ubat dan pada sayap yang lainnya mengandungi penyakit". (HR Abu Hurairah).
  4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.
  5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri. Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah reda kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak". (HR Ibnu Majah)
  6. Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor. Oleh itu jagalah cara pemakanan anda, dapatlah anda menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya. Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhamaad s.a.w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan. Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat. (HR Abu Hurairah)

Wednesday, July 6, 2011

Muhammad Al-Fateh

Siapakah Muhammad Al-Fateh sehingga beliau dan tenteranya digelar sebaik-baik raja dan sebaik-baik tenteranya ?

Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 27 Rejab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 Masihi . Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad . Baginda menjadikan Adrianopel ( Adana ) pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel . Dan ketika berusia 21 tahun Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 Jamadil Awal 857 Hijrah .

Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul ( Islam keseluruhannya ) , terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia . Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus . Sebelum itu Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik , Parsi , Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya . Umat Islam berusaha menawan Kota tersebut kerana percaya dengan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel ditawan oleh orang Islam . 

Selepas lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah SAW barulah menjadi kenyataan . Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Ayub Al-Anshari gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng Konstantinopel .

Sultan Muhammad Al-Fateh sejak di dalam buahan lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim , Syeikh Syamsudin Al-Wali . Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad ( Ayahanda kepada Muhammad Al-Fateh ) , " Wahai Sultan Murad , bukan tuanku yang akan membebaskan Kota Konstantinopel , tetapi anak yang di dalam buaian itu , " sambil menunjuk kepada Muhammad Al-Fateh yang masih dalam buaian . 

Sejak itu Muhammad Al-Fateh dilatih hidup sederhana , dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan . Baginda membesar sebagai pemuda yang tampan . Bentuk badannya tegap , kuat dan tinggi . Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung . 

Baginda mula menaiki takhta ketika umurnya 19 tahun . Di kala itu baginda sudah begitu arif dengan tipu-helah musuh . Pernah Maharaja Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik bagi mendidiknya mengenai adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja , tetapi baginda menolaknya lalu menyuruh guru-guru tersebut pulang . 

Selama dua tahun Muhammad Al-Fateh mengkaji titik kelemahan Kota Konstantinopel pada setiap malam dan merangka strategi serta membina pelbagai peralatan perang . Bersama bala tentera 150 000 orang , beliau menggempur Kota Konstantinopel selepas Raja Byzantin enggan menyerah diri .

Sultan Muhammad Al-Fateh menukar nama Konstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya . Kemudian baginda menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462 . Seterusnya Sultan Muhammad Al-Fateh menakluk Italia , Hungary dan Jerman . Ketika berada di kemuncak kegemilangannya , Sultan Muhammad Al-Fateh memerintah 25 buah negeri . Kemudian baginda membuat persiapan menakluk Rhodesia tetapi mangkat kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa . 

Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 mangkat pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun . Semoga Allah memberi keampunan , keredhaan serta melimpahkan rahmat-Nya kepada Sultan Muhammad Al-Fateh , Al-Fatihah ... 

Kesimpulannya , kita sebagai umat Islam haruslah mencontohi kebijaksanaan Sultan Muhammad Al-Fateh untuk menakluki Kota Konstantinopel . Strategi yang dirangka oleh beliau pernah dikatakan oleh sejarawan barat strategi yang terbaik di dunia . Oleh itu , sebagai umat Islam masa kini kita haruslah mengikuti jejak langkah pahlawan Islam terdahulu . Insyaallah , suatu hari nanti kita akan berjihad di jalan Allah untuk menegakkan Islam . Insyaallah ...

Tuesday, July 5, 2011

Bahaya Lidah

  • Akan bercakap perkara yang tidak berfaedah
  • Berlebih-lebihan apabila bercakap dan berkata-kata
  • Bercakap perkara yang tidak benar, iaitu berbohong
  • Akan berlaku pertengkaran
  • Akan menyebabkan permusuhan daripada kata-katanya
  • Akan bermanis mulut untuk menunjuk-nunjuk
  • Mengeluarkan bahasa kesat (memaki hamun)
  • Gemar menyumpah-yumpah (melaknat orang)
  • Bernyanyi lagu yang bukan-bukan
  • Terlalu banyak bergurau senda dan bergembira
  • Suka menghina orang lain
  • Menyebarkan rahsia
  • Akan berjanji dan mendustai janji itu
  • Akan mengumpat walaupun perkara remeh apalagi berat
  • Mengadu domba sehingga berlaku pergaduhan besar
  • Menjadi talam dua muka, kepada orang yang berbeza-beza menabur fitnah yang berbeza-beza
  • Memuji yang melampau-lampau

Monday, July 4, 2011

Dalam Sujud Terakhirku




Dalam sujud
Terakhirku, Ya Allah...
Kuteriakkan Asma-Mu
sekeras-kerasnya
agar runtuh dinding
kesombongan dalam hatiku

Dalam sujud terakhirku, Ya Rabbi...
kumenangis sejadi-jadinya
biar kering mata ini
namun basah ladang hati yang gersang

Dalam sujud terakhirku, Ya Rahman...
kulihat semua dosa yang membayangiku
kelam mencengkam jiwa yang lusuh

Dalam sujud terakhirku, Ya Rahim..
biarkan aku patah dalam cahayaMu
biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
agar kukembali dalam pelukan hidayahMu

Dalam sujud terakhirku
biarkan aku hirup nafasku sekali lagi
hanya untuk menyebut namaMu dan kekasihMu tercinta

Sunday, July 3, 2011

Seni Itu Indah

Melukis gambar, menghias bilik, menggubah bunga, menulis sajak, memasak, membakar biskut dan kek adalah aktiviti yang melibatkan sentuhan seni.

Kepuasan yang anda rasai saat anda menyudahkan kesemua aktiviti-aktiviti ini adalah rahsia untuk hidup yang sihat dan lama. Hal ini sekaligus membuatkan anda berasa tenang, bebas dan tidak terikat dengan apa-apa buat seketika. Ia merupakan resepi yang sesuai untuk melakukan sesuatu dengan jayanya. Jelas sekali, seni itu sememangnya indah!....

Dengarkan Seni Lagu Ini


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Listen to Quran