Saturday, May 15, 2010

Jenayah Manusia Semakin Meningkat!


Setiap hari kita sering mendengar berita-berita tentang kes jenayah yang disiarkan dalam media elektronik mahu pun akhbar-akhbar tempatan. Di London, mengikut laporan kejadian jenayah jalanan pada tahun 2000, kes ini meningkat kepada 50000 kes, satu perangkaan paling tinggi yang dicatat di kota London. Saya pasti, jumlah kes jenayah tersebut akan semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Di negara kita juga, jenayah berlaku di mana- mana sahaja. Diantara jenayah-jenayah yang semakin menular pada hari ini ialah jenayah meragut, rompakan, mencuri di rumah dan di kedai, termasuk di gedung-gedung membeli-belah, peras ugut dan sebagainya. Malahan jenayah terbesar yang sering berlaku ialah jenayah rogol dan pencabulan seks, dan amat menyedihkan, kanak-kanak yang masih tidak tahu apa-apa menjadi mangsa oleh orang yang tidak berperikemanusiaan.
Jika dikaji laporan tersebut, atau kejadian-kejadian jenayah yang berlaku dimana-mana sahaja dalam masyarakat manusia sekarang ini, ternyata bahawa desakan nafsu manusia tentang kebendaan dan tuntutan seks mereka merupakan dua unsur yang menyumbang kepada kejadian jenayah dan meningkatnya salah laku tersebut dari semasa ke semasa. Pendidikan agama amat penting dalam membentuk masyarakat manusia yang bertamadun yang dapat mengawal nafsu dan tuntutan fizikal makhluk Allah s.w.t yang bernama manusia ini. Pembangunan manusia yang terlepas daripada nilai-nilai moral kerohanian akan menyebabkan manusia bertambah ganas dan kerana itulah, masyarakat dan pihak yang bertanggungjawab haruslah berganding bahu, membantu supaya umat Islam kita tidak terus melakukan pelbagai jenayah dan dosa. Jangan sampai orang baik berkurangan dan yang jahat bertambah. Dalam Hadis Nabi Riwayat Tabrani ada menyebut:
" Daripada Aisyah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik, dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang yang baik".
Marilah kita berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t menyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolong dikalangan mereka yang sesat.

Dengarkan Seni Lagu Ini


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Listen to Quran