Saturday, May 15, 2010

Jenayah Manusia Semakin Meningkat!


Setiap hari kita sering mendengar berita-berita tentang kes jenayah yang disiarkan dalam media elektronik mahu pun akhbar-akhbar tempatan. Di London, mengikut laporan kejadian jenayah jalanan pada tahun 2000, kes ini meningkat kepada 50000 kes, satu perangkaan paling tinggi yang dicatat di kota London. Saya pasti, jumlah kes jenayah tersebut akan semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Di negara kita juga, jenayah berlaku di mana- mana sahaja. Diantara jenayah-jenayah yang semakin menular pada hari ini ialah jenayah meragut, rompakan, mencuri di rumah dan di kedai, termasuk di gedung-gedung membeli-belah, peras ugut dan sebagainya. Malahan jenayah terbesar yang sering berlaku ialah jenayah rogol dan pencabulan seks, dan amat menyedihkan, kanak-kanak yang masih tidak tahu apa-apa menjadi mangsa oleh orang yang tidak berperikemanusiaan.
Jika dikaji laporan tersebut, atau kejadian-kejadian jenayah yang berlaku dimana-mana sahaja dalam masyarakat manusia sekarang ini, ternyata bahawa desakan nafsu manusia tentang kebendaan dan tuntutan seks mereka merupakan dua unsur yang menyumbang kepada kejadian jenayah dan meningkatnya salah laku tersebut dari semasa ke semasa. Pendidikan agama amat penting dalam membentuk masyarakat manusia yang bertamadun yang dapat mengawal nafsu dan tuntutan fizikal makhluk Allah s.w.t yang bernama manusia ini. Pembangunan manusia yang terlepas daripada nilai-nilai moral kerohanian akan menyebabkan manusia bertambah ganas dan kerana itulah, masyarakat dan pihak yang bertanggungjawab haruslah berganding bahu, membantu supaya umat Islam kita tidak terus melakukan pelbagai jenayah dan dosa. Jangan sampai orang baik berkurangan dan yang jahat bertambah. Dalam Hadis Nabi Riwayat Tabrani ada menyebut:
" Daripada Aisyah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik, dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang yang baik".
Marilah kita berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t menyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolong dikalangan mereka yang sesat.

Monday, May 10, 2010

Tidak mensyukuri anugerah Allah?


Pada hari ini, terlalu banyak berita tentang kes pembuangan bayi. Kebanyakkan kes ini membabitkan anak remaja kita sendiri yang telah terjebak dengan bermacam-macam kegiatan sosial. Dimana kesedaran mereka yg sewenang-wenangnya membuang dan membunuh anak sendiri. Anak adalah pemberian daripada Allah s.w.t yang tidak terhingga..Ada segelintir pasangan yang telah berkahwin masih tidak dikurniakan rezeki anak oleh Allah. Tetapi mereka yg mudah Allah berikan anugerah ini pula sanggup membuang anak sendiri, adakah mereka tidak mensyukuri nikmat dan kurniaan drp Allah. Cuba mereka renungkan dan fikirkan, jika ibu bapa mereka dahulu membuang mereka seperti yang mereka lakukan, wujudkah mereka di muka bumi ini? Mampukah mereka merasai nikmat yang tak terhingga drp Allah ini?
Marilah kita sama-sama membantu mereka yg telah hilang pertimbangan, sehingga boleh melakukan kesalahan yg amat besar di sisi Allah ini. Dekatilah mereka dan sampaikan apa yg telah diajar Rasulullah? Jangan biarkan mereka ini terleka sehingga lupa apa balasan yang akan diterima di akhirat nanti. Jangan sampai ilmu agama akan beransur-ansur hilang. seperti sebuah hadis ada menyebut:

" عن عبدالله بن عمروبن العاص يقول سمعت رسول الله يقول : ان الله لايقبض العلم انتزاعا ينتزعه من الناس ولكن يقبض العلم بقبض العلماء حتى اذالم يترك عالمل اتخذ الناس رؤوسا جهالا فسئلوا فافتوا بغير علم فضلوا واضلواز - رواه مسلم-"

Ertinya: "Daripada Abdullah bin Amr bin r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda "Bahawasanya Allah s.w.t tidak mencabut(menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah s.w.t menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim-ulama, orang ramai akan memilih yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu bertanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan akan menyesatkan orang lain".

Ingatlah!! Hari kiamat semakin menghampiri kita.

Sejumput Kata Untukmu Ibu!!


Pada sejumput kata,
kutitipkan rindu untukmu, ibu
walau pilu tak lagi memburaikan air mata
dan resah tak lagi menyesakkan dada.

Pada sejumput kata,
kutitipkan tanya padamu ibu
adakah nanar dalam hidupmu kini?
masih adakah dian dalam redupmu kini?
masih adakah gelora dalam asamu kini?
Hidup takkan bermakna tanpa drama, ibu
seperti halnya puisi tanpa kata-kata
ataupun bilangan tanpa angka-angka
atau bahkan panaroma tanpa warna
hitam,...putih,...
hijau,...kuning,..
biru,...ataupun ungu jalan hidupmu
tak usah diratapi
kerana tidak ada sesuatu pun yang pasti
terangkan redupmu,
gelorakan asamu....ibu
Pada sejumput kata,
kutitipkan bunga untukmu, ibu

Dengarkan Seni Lagu Ini


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Listen to Quran